Showing posts with label Makanan Tengahari/Malam. Show all posts
Showing posts with label Makanan Tengahari/Malam. Show all posts

Thursday, 30 April 2015

Friday, 17 April 2015

Kerabu Sotong


BAHAN-BAHAN
  1. SOTONG
  2. BUNGA KANTAN (DIHIRIS)
  3. LEMON (SEDIKIT MENGIKUT KESESUAIAN)
  4. DAUN PUDINA (DIHIRIS)
  5. BAWANG MERAH (DIPOTONG)
  6. CAPSICUM (DIPOTONG)
  7. SEDIKIT GARAM & GULA

CARA-CARA
  1. SOTONG DIPOTONG DAN DIMASUKKAN KE DALAM MICROWAVE BEBERAPA MINIT ATAU DIREBUS SEPARUH MASAK.
  2. SATUKAN SEMUA BAHAN DI DALAM SATU BEKAS.
  3. PERAH SEDIKIT LEMON KE DALAM BAHAN TERSEBUT.
  4. GAULKAN SEMUA BAHAN HINGGA SEBATI SERTA MASUKKAN SEDIKIT GARAM DAN GULA MENGIKUT SELERA MASING-MASING.
  5. SEDIA UNTUK DIHIDANG. 

Wednesday, 4 February 2015

Swedish Meatball



Swedish meatball ala-ala Ikea, disebabkan teringin sangat makan Chiq Na buat gak sebab resepinya lama dah dapat tak tak terbuat. Ini hasilnya. Resepi di bawah:

Bahan-bahan

Meatball (Digoreng hingga masak)
Fries (Digoreng hingga masak)

Untuk Sos krim

 Secawan setengah (1 1/2)  susu segar
Seulas bawang putih
Setengah/seketul kiub ayam
Sedikit lada hitam
Sesudu sos tomato
Sesudu kicap manis
Sedikit garam
Sedikit butter untuk menumis
2 sudu tepung gandum


Meatball digoreng hingga masak


Panaskan butter


Masukkan bawang putih dan tumis hingga wangi


Masukkan bahan-bahan lain. Tunggu hingga masak. 


Akhir sekali masukkan gandum & kacau hingga sebati dan pekat. 

Goreng fries dan ini hasilnya.

Selamat mencuba



Saturday, 31 January 2015

Steamboat & Grill






Homemade sos stemboat. Resepi asal daripada Amalina.

Bahan-bahan

1. Lada kering
2. Nise/gula melaka
3. Belacan
4. Sos tiram
5. Minyak bijan
6. Tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
7. Sedikit garam
8. Gula pasir (sedikit sahaja)

*optional tambah cuka & asam jawa

Cara-cara

1. Blend lada kering hingga hancur
2. Campur lada kering, nise, air, belacan, sos tiram, minyak bijan, sedikit garam, sedikit gula pasir dan reneh di atas dapur sehingga masak. Tambah tepung jagung untuk memekatkan lagi kuah. Jika suka boleh masukkan sedikit air asam jawa & cuka untuk rasa masam.

Selamat Mencuba


Sunday, 25 January 2015

Bento Bil1/2015


Hari ni angin mem'Bento' datang. So, inilah hasilnya. Nasi goreng Laut Andaman dengan sosej jelmaan sotong (yang tak jadi kih..kih..kih) & anggur hitam tanpa biji. Nama nasi goreng Laut Andaman ni sebab nasi goreng hitam gelap hihi. Chiq Na gunakan perencah sos char keue tiau dengan kicap serta sos cili. Lauknya Chiq Na masukkan udang, ayam cincang dan potongan mini sosej. 

Tahun lepas masa anak masuk darjah 1 Chiq Na semangat nak buat bento tapi dah banyak kali buat asyik bawak balik umh tak makan atau dia makan sikit je bento tu huhu. Shasha lebih suka membeli dari makan bento. Maklum le darjah 1 baru pandai pegang duit semua benda dia nak beli. Kadang-kadang tah apa-apa yang dibelinya. Alahai anak.. kita pun agaknya macam tu jugak dahulu...Tahun ni dia dah darjah 2, ada gak cakap nak bawak bento sebab kawan-kawan bawak. Kita tengok petang ni..hasilnya macamana. Habis ke tak..