Showing posts with label Kek Butter Pandan. Show all posts
Showing posts with label Kek Butter Pandan. Show all posts

Sunday, 9 November 2014

Pandan Butter Cake with cheese & Chocolate Coins








Kek ni tempahan daripada sahabat lama semasa Sekolah Menengah Kota dahulu, Pn Nik Nor Shafini. Nik tempah kek ni dan cheese crakers. Bezanya kali ini adalah chiq na sapukan cream cheese dan chocolate coin di atasnya. Satu lagi chiq na taburkan serbuk koko di antaranya. Resepi kek boleh rujuk kek sebelum ini. 






















Saturday, 1 November 2014

Butter Pandan Coin Cake


Kek Butter Pandan kali ni Cna buat susun coklat Berly Coin. Resepi asal daripada Ct Suena aka eonisbalqis. Kek yang sama Cna buat untuk skirt kek Barbie. 

Kek ni Cna buat khas untuk makan-makan adik beradik yang balik ke kampung. 10 orang adik beradik berkumpul. Sangat seronok. Kami buat potluck. Part Cna buat pencuci mulut. Acara makan-makan potluck nanti cna masukkan dalam post yang seterusnya. 


Bahan-bahan

1. Seketul butter - 250g
2. Tepung naik sendiri- 210g
3. Gula kastor- 150g (Resepi asal 180g)
4. Telur - 4 biji (Gred A) (Resepi asal 5 biji)
5. Esen Vanilla - 2 penutup (satu penutup pun boleh)
6. Perisa pandan- 2 penutup
7. Coklat coin Beryl

Cara-cara

1. Putar selama 5 minit bahan-bahan berkenaan.
2. Susun coklat Berly coin ke atas adunan tadi.
3.  Bakar selama 40 minit dengan suhu 150 darjah celsius.












Friday, 31 October 2014

Barbie Cake


Kek Barbie khas untuk anak-anak. Percubaan pertama tapi fresh creamnya tak jadi huhu. Akhirnya Cna buat cam tu je hiasan untuk skirtnya huhu. Simple je hiasan utk skirt barbie. Resepi untuk kek Cna dapat daripada Ct Suena aka eonisbalqis. Tapi Cna dah ubah-ubah sikit mengikut kesesuaian.

Bahan-bahan

1. Seketul butter - 250g
2. Tepung naik sendiri- 210g
3. Gula kastor- 150g (Resepi asal 180g)
4. Telur - 4 biji (Gred A) (Resepi asal 5 biji)
5. Esen Vanilla - 2 penutup (satu penutup pun boleh)
6. Perisa pandan- 2 penutup

Untuk hiasan (Kek atau Skirt)

1. Non dairy whipping cream - putar
2. Pewarna- Cna guna warna rose
3. Hiasan untuk ditabur

Untuk hiasan (Patung barbie)

1. Fondant
2. Pencanai fondant
3. Patung barbie



Cara-cara

1. Campur semua bahan-bahan tadi dan putar selama 5 minit



2. Spray dengan menggunakan Canola oil ke dalam loyang berbentuk skirt.



3. Masukkan ke dalam loyang berkenaan. 


4. Bakar selama 40 minit (Mengikut kesesuain oven masing-masing) dengan menggunakan suhu 150 darjah celsius. 

Kek yang telah siap.


Untuk Hiasan

1. Putar non dairy whipping cream hingga kental. 
2. Masukkan pewarna rose untuk hiasan skirt. 


Rupa kek yang dah masak dan diterbalikkan. 



Hiasan untuk patung Barbie

1.  Canai fondant dan bentukkan baju untuk patung berkenaan. 
2. Pakaikan kepada patung berkenaan. 




Hiasan utk kek/skirt

1. Sapukan whipping cream ke atas kek.


2. Taburkan hiasan 











Selamat mencuba. Boleh juga guna resepi kek coklat/kek span untuk kek Barbie ni.