Showing posts with label Pencuci mulut. Show all posts
Showing posts with label Pencuci mulut. Show all posts

Sunday, 9 November 2014

Pandan Butter Cake with cheese & Chocolate Coins








Kek ni tempahan daripada sahabat lama semasa Sekolah Menengah Kota dahulu, Pn Nik Nor Shafini. Nik tempah kek ni dan cheese crakers. Bezanya kali ini adalah chiq na sapukan cream cheese dan chocolate coin di atasnya. Satu lagi chiq na taburkan serbuk koko di antaranya. Resepi kek boleh rujuk kek sebelum ini. 






















Wednesday, 5 November 2014

Strawberry Barbie Cake



Strawberry butter cake barbie khas Chiq Na buat atas permintaan sahabat Kak Sakiah untuk anakandanya yang tersayang. Kek ni sama resepi dengan kek butter pandan sebelum ini. Cuma bezanya perisanya dan chiq na tambah telur menjadi 5 biji. 








Saturday, 1 November 2014

Butter Pandan Coin Cake


Kek Butter Pandan kali ni Cna buat susun coklat Berly Coin. Resepi asal daripada Ct Suena aka eonisbalqis. Kek yang sama Cna buat untuk skirt kek Barbie. 

Kek ni Cna buat khas untuk makan-makan adik beradik yang balik ke kampung. 10 orang adik beradik berkumpul. Sangat seronok. Kami buat potluck. Part Cna buat pencuci mulut. Acara makan-makan potluck nanti cna masukkan dalam post yang seterusnya. 


Bahan-bahan

1. Seketul butter - 250g
2. Tepung naik sendiri- 210g
3. Gula kastor- 150g (Resepi asal 180g)
4. Telur - 4 biji (Gred A) (Resepi asal 5 biji)
5. Esen Vanilla - 2 penutup (satu penutup pun boleh)
6. Perisa pandan- 2 penutup
7. Coklat coin Beryl

Cara-cara

1. Putar selama 5 minit bahan-bahan berkenaan.
2. Susun coklat Berly coin ke atas adunan tadi.
3.  Bakar selama 40 minit dengan suhu 150 darjah celsius.












Sunday, 5 October 2014

Cheese Crakers M&M

Cheese Crakers M&M Chiq Na buat sempena Aidiladha 2014. Giliran beraya rumah husband tahun ni di Kedah. Seronok tengok anak-anak menakan(anak saudara) dok kerumun makan Cheese yang lebih. My girls join dua kaki sebab dah memang fav depa makan mcm tu, tambah plak sepupu-sepupu yang sebaya. Meriah!



Friday, 26 September 2014

Corn Crepe

Corn crepe untuk anakanda Nor Hannah Batrisyia. Dah lama dia nak makan tapi mamanya baru sempat buat. Nak dijadikan cerita, baru 2 biji siap tiba-tiba gas plak habis huhu. Dah la masa tu dah malam sangat, kedai pun dah tutup nk beli gas. Sorry kakak.. dua biji pun jadi la kan hihi. Esoknya baru sambung balik buat.






Bahan-bahan 

Tepung gandum
Tepung kastard
Tepung ubi kayu
Sebiji telur
Non dairy whipping cream
Jagung manis (cream) (Dalam tin)
Fresh milk
Sedikit garam

Cara-cara

Untuk Kulit

1. Campurkan semua tepung dan telur serta sedikit air. (masukkan pewarna jika perlu untuk warna 
lebih menarik)

2. Masukkan susu dan air


3. Kacau hingga sebati

4. Tapis bahan tersebut


5. Masukkan pewarna jika perlu



6.Tuang ke dalam non stick pan dan masak (tidak perlu balikkan) 





Untuk Inti

1. Putarkan Non Dairy Whipping Cream hingga kembang. 



Cara-cara membuat crepe

1. Setelah kulit crepe siap, masukkan non dairy whipping cream yang sudah putar dan sedikit jagung dalam tin. 




2. Lipatkan 


* Sedia untuk dimakan. 




Kakak sambung makan bila balik sekolah.