Saturday 31 January 2015

Family Meeting










Homemade Sos stemboat




Salad


Simple salad diperbuat daripada campuran salad, anggur hitam tanpa biji & telur rebus. Chiq Na gaul sekali dengan sos thousand island & sos coleslow.

Steamboat & Grill






Homemade sos stemboat. Resepi asal daripada Amalina.

Bahan-bahan

1. Lada kering
2. Nise/gula melaka
3. Belacan
4. Sos tiram
5. Minyak bijan
6. Tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
7. Sedikit garam
8. Gula pasir (sedikit sahaja)

*optional tambah cuka & asam jawa

Cara-cara

1. Blend lada kering hingga hancur
2. Campur lada kering, nise, air, belacan, sos tiram, minyak bijan, sedikit garam, sedikit gula pasir dan reneh di atas dapur sehingga masak. Tambah tepung jagung untuk memekatkan lagi kuah. Jika suka boleh masukkan sedikit air asam jawa & cuka untuk rasa masam.

Selamat Mencuba


Sunday 25 January 2015

Bento Bil1/2015


Hari ni angin mem'Bento' datang. So, inilah hasilnya. Nasi goreng Laut Andaman dengan sosej jelmaan sotong (yang tak jadi kih..kih..kih) & anggur hitam tanpa biji. Nama nasi goreng Laut Andaman ni sebab nasi goreng hitam gelap hihi. Chiq Na gunakan perencah sos char keue tiau dengan kicap serta sos cili. Lauknya Chiq Na masukkan udang, ayam cincang dan potongan mini sosej. 

Tahun lepas masa anak masuk darjah 1 Chiq Na semangat nak buat bento tapi dah banyak kali buat asyik bawak balik umh tak makan atau dia makan sikit je bento tu huhu. Shasha lebih suka membeli dari makan bento. Maklum le darjah 1 baru pandai pegang duit semua benda dia nak beli. Kadang-kadang tah apa-apa yang dibelinya. Alahai anak.. kita pun agaknya macam tu jugak dahulu...Tahun ni dia dah darjah 2, ada gak cakap nak bawak bento sebab kawan-kawan bawak. Kita tengok petang ni..hasilnya macamana. Habis ke tak..

Friday 23 January 2015

Salad



Menu simple dari Chiq Na Salor. 

Bahan-bahan

1. Salad campur
2. Anggur hitam tanpa biji
3. Telur
4. Sos Thousand Island
5. Sos Coleslow


Cara-cara

1. Rebus telur hingga 'hard'


2. Campur semua bahan-bahan di atas. Chiq Na punya sbb anak-anak tolong jadi banyak sikit sosnya,

-Selamat Mencuba-





Dim Sum



Tuesday 13 January 2015

Stemboat


Makanan simple bersama rakan-rakan. Pot luck.

Kuah untuk yang rebus tu ada dua perisa tomyam & ayam. (Chiq Na buat yang ni je kih3 satu lagi bawak periuk steamboat) Ada member yang buat salad dan kuah pencicah

Cara-cara

Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan kiub tomyam atau ayam serta garam dan gula secukup rasa. Simple je.

Saturday 10 January 2015

Nasi lemak Hijau (Simple)


Nasi lemak hijau resepi simple. Menu simple hari tu sebab husband out station dan hujan lebat dekat luar jadi Chiq Na masak yang simple2 sahaja untuk breakfast. 

Cara Membuat Nasi

Bahan2
1. Sekotak santan kotak
2. Paste santan
3. Sedikit garam
*Campurkan semua dan masak macam biasa. 


Rebus Telur (Memang best my new gadget from Daiso)


Makanan sampingan

1. Telur rebus
2. Tumis bawang2 (Bawng merah & bawang putih di tumis dan dimasukkan sos cili serta sedikit garam dan gula)
3. Goreng ikan bilis halus hingga garing
4. Timun batang
5. Ayam goreng