Blog ini diilhamkan untuk anak-anak kesayangan Mama. Nor Hannah Batrisyia & Nor Hana Alisya Fitri Binti Mohammad Azhan . Ibarat rujukan untuk masa depan. Rujukan untuk diri sendiri dan perkongsian resepi untuk sahabat-sahabat. This is my personal blog. "Keep your feet on the ground & keep reaching for the stars"
Showing posts with label Hidangan Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hidangan Hari Raya. Show all posts
Saturday, 25 July 2015
Friday, 24 July 2015
Friday, 17 October 2014
Sayuq Daging, ayaq asam & daging kicap Tobiaq
Resepi sayuq daging dan ayaq asam ada dalam post Cna sebelum ni. Kali ni ada tambahan menu yang biasanya dihidang semasa kenduri di Tobiar, Pendang iaitu daging kicap. Semasa Raya Aidiladha hari tu inilah menu yang hidangkan kepada tetamu untuk jamuan daging korban.
Daging kicap
Bahan-bahan
Daging (perap dengan sedikit garam kunyit dgn kuantiti yang sedikit)
Jintan manis
Buah pelaga
Kulit kayu manis
Bawang merah
Bawang putih
Kicap manis
Cara-cara
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan jintan manis.
2. Tumis bahan ditumbuk bersama-sama buah pelaga dan kulit kayu manis
3. Masukkan kicap manis
4. Masukkan daging
*Tunggu hingga betul-betul masak.
Friday, 10 October 2014
Kuzi ayam & Roti jala
Memandangkan musim tengkujuh dah mula tiba jadi rasanya masa yang sesuai Chiq Na menjala dan mengkuzi untuk di makan bersama-sama keluarga. Kali pertama mengkuzi dan menjala sendirian, biasanya c.na membantu kakak apabila nak raya. Rasa cam nak tercabut pinggang ambo buat sorang2 huhu. Tapi alhamdulillah bleh selesaikan.
Bahan-bahan & cara Kuzi Ayam
Cara-cara
1. Tumbuk bawang putih dan halia. Gaul bersama ayam beserta garam dan sedikit kunyit.
2. Goreng ayam tersebut.
3. Masukkan kakah kuzi bersama susu cair.
5. Masukkan ayam yang digoreng
6. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Bahan-bahan & Cara Jala
1 kg tepung gandum
1 tin susu cair
1 biji telur
sedikit garam
sedikit butter yang dicairkan
Air secukupnya
1. Campur bahan-bahan di atas hingga menjadi cair secukupnya. (Tambahkan pewarna untuk cantik, yang kuning cna tambah serbuk kunyit je dan yang pink tu warna pink rose)
3. Jalakannya di dalam kuali hihi. Mengikut citrasa masing-masing. Cna buat berpetak dan bentuk love mengikut permintaan anak-anak.
Friday, 12 September 2014
Gulai ikan Aye Lengkuas Kunyit
Bahan-bahan
1 Seekor ikan aye/ikan tongkol
*2 inci lengkuas
*2 inci kunyit
*10 ulas bawang merah
* sesudu jintan manis
* sesudu biji ketumbar
Santan
(*Tumbuk sekali)
Cara-cara
1. Rebus dulu ikan bersama 3/4 keping asam keping, nise (gula melaka) & garam. Bila dah agak2 masak keluarkan isi ikan.
2. Masukkan santan dan renehkan sekali menggelegak masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Setelah sekali lagi menggelegak masukkan isi ikan yang direbus tadi. Tambahkan sedikit garam dan gula mengikut citarasa. Nampak tak kepala ikan dah terjenguk tu hihi. Selamat Mencuba.
Saturday, 26 July 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)