Friday 31 October 2014

Barbie Cake


Kek Barbie khas untuk anak-anak. Percubaan pertama tapi fresh creamnya tak jadi huhu. Akhirnya Cna buat cam tu je hiasan untuk skirtnya huhu. Simple je hiasan utk skirt barbie. Resepi untuk kek Cna dapat daripada Ct Suena aka eonisbalqis. Tapi Cna dah ubah-ubah sikit mengikut kesesuaian.

Bahan-bahan

1. Seketul butter - 250g
2. Tepung naik sendiri- 210g
3. Gula kastor- 150g (Resepi asal 180g)
4. Telur - 4 biji (Gred A) (Resepi asal 5 biji)
5. Esen Vanilla - 2 penutup (satu penutup pun boleh)
6. Perisa pandan- 2 penutup

Untuk hiasan (Kek atau Skirt)

1. Non dairy whipping cream - putar
2. Pewarna- Cna guna warna rose
3. Hiasan untuk ditabur

Untuk hiasan (Patung barbie)

1. Fondant
2. Pencanai fondant
3. Patung barbie



Cara-cara

1. Campur semua bahan-bahan tadi dan putar selama 5 minit



2. Spray dengan menggunakan Canola oil ke dalam loyang berbentuk skirt.



3. Masukkan ke dalam loyang berkenaan. 


4. Bakar selama 40 minit (Mengikut kesesuain oven masing-masing) dengan menggunakan suhu 150 darjah celsius. 

Kek yang telah siap.


Untuk Hiasan

1. Putar non dairy whipping cream hingga kental. 
2. Masukkan pewarna rose untuk hiasan skirt. 


Rupa kek yang dah masak dan diterbalikkan. 



Hiasan untuk patung Barbie

1.  Canai fondant dan bentukkan baju untuk patung berkenaan. 
2. Pakaikan kepada patung berkenaan. 




Hiasan utk kek/skirt

1. Sapukan whipping cream ke atas kek.


2. Taburkan hiasan 











Selamat mencuba. Boleh juga guna resepi kek coklat/kek span untuk kek Barbie ni.

Sunday 26 October 2014

Daging Burger Black Pepper

Resepi ni sebenarnya dah lama Chiq Na dapat. Resepi asal daripada Dira kawan satu rumah masa belajar dekat UiTM Shah Alam dulu. Resepi ni Cna dah ubah suai sikit mengikut kesesuaian.



Bahan-bahan

Daging burger-potong kecik-kecik
Kentang- potong dadu
Sos Cili- 3 sudu
Sos tiram - 1 sudu
Bawang besar 1 ulas besar/ bwang merah kecil 4 ulas
Bawang putih - 3 ulas
Butter - untuk menggoreng kentang (Resepi asal tk guna butter)
Lada hitam
(Resepi asal guna 2 sudu cili kering giling)

Cara-cara

1. Goreng kentang dengan butter hingga masak


2. Tumis bawang merah, bawang putih hingga wangi


3. Masukkan sos cili dan sos tiram
4. Masukkan sedikit air (mengikut kesesuaian), garam dan gula
5. Masukkan kentang dan lada hitam


6. Akhir sekali masukkan daging burger. Tunggu hingga masak dan boleh dihidang.





Friday 24 October 2014

Salam Maal Hijrah 1436 : Sepetang di Pantai Mek Mas, PCB

Assalamualaikum
Salam Maal Hijrah untuk semua. Chiq Na dan family beriadah di Pantai Mek Mas, Pantai Cahaya Bulan. Pantai yang sangat cantik dan tidak tercemar. Langit petang tu sangat indah. Subhanallah! Tempat penduduk tempatan bermain wau. Pelbagai bentuk wau dan layang-layang dekat sini. Macam pesta plak. Orang ramai berpusu-pusu tiba kami dah beransur pulang mengejar nak solat Asar di rumah. Daripada sumber penduduk tempatan mengatakan tempat tu akan ramai selepas waktu Asar. Kami tiba sebelum Asar jadi bila hendak pulang memang selisih dengan ramai penduduk tempatan yang baru tiba.











Cheese Crakers 5 layers Special




Cheese crakers 5 layers bekas besar ni Chiq Na buat khas utk regular customer Pn Mariati dari Kampung Salor. Biasanya cna buat 3 layer je tapi kali ni buat 5 layers. Pn Mariati nak makan beramai-ramai dengan adik beradik yang pulang bercuti. M&M yang Cna guna kali ni yang jenis peanut butter, rasa masin2 manis. 

Ini yang sebelum dihias. 








Thursday 23 October 2014

Bubur Syurbah

Bubur Syurbah resepi makanan Arab daripada Pn Rosnani JKSP HRPZII. Dah lama asyik makan dia masak je sekarang c.na 'mentry' resepi ni dekat rumah.





Bahan-bahan

1. Oat
2. Isi ayam
3.Bawang merah (mayang)
4. Bawang putih (mayang)
5. Kiub ayam
6. Carrot (Potong dadu)
7. Tomato (Potong dadu)
8. Rempah 3 beradik( cengkih, bunga lawang, buah pelaga)



Untuk hiasan/menyedapkan makanan

1. Cili
2. Daun bawang
3. Bawang goreng
4. Limau nipis/limau kasturi/lemon (Cna guna lemon)



Cara-cara

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan rempah 3 beradik hingga wangi.
2. Masukkan ayam, carrot
3. Masukkan secawan air dahulu
4. Masukkan seketul kiub ayam, sedikit garam & gula (optional)
5. Masukkan tomato
6. Tambahkan air dalam kuantiti yang banyak lebih kurang satu jug kecil. Chiq na suka banyak kuah jadi air banyak sikit
7. Masukkan oat

*tunggu hingga mendidih dan tutup api. Oat akan lama-lama jadi pekat jadi kalau nk berkuah kena tambh air lagi. Makan masa panas2 setelah ditabur dengan cili (optional), daun bawang, bawang goreng dan perahan limau.




Selamat Mencuba