Saturday, 20 December 2014

Victoria Sandwich Cake








Resepi Victoria Sandwich Cake

Resepi asal dari Secubit garam & Bisous Atoi (Bila dh translate jadi le resepi ni)

Bahan2

250g unsalted butter
250g gula
250g tepung naik sendiri
250g telur (4 biji)
1 tsp vanilla extract
1/4 tsp garam
2 tsp susu (Cna buat lebih, dalam setengah cawan)

Filling & Hiasan

6 tsp fruit compote/jam
1 punnet of strawberry (potong & campur 1 sudu gula dimix selama 15 minit, ketepikan)
8 tbps double cream (250ml & 2 tbsp icing sugar yang diputar hingga soft/medium peak)
Gula halus untuk ditabur di atas kek

Cara utk membuat kek 

1. Panaskan oven selama 160 darjah celsius
2. Campurkan tepung naik sendiri & garam. Ketepikan.
3. Pukul butter dan gula castor
4. Masukkan telur satu persatu dan teruskan mix
5. Masukkan esen vanilla
6. Kaup balik bahan dipukul tadi dengan tepung.
7. Masukkan susu
8. Tuangkan adunan ke dalam 2 loyang bersaiz 8 " bulat
9. Bakar di dalam tray tengah selama 30 min hingga kekuningan (mengikut oven)
10. Sejukkan selama 10 minit di dalam tin . Lepas tu baru alihkan ke atas wire rack yang dibalut tuala bersih untuk elak dari kek merekah (Cna tak buat pun hihihi)
* Pastikan kek sepenuhnya sebelum dihias.

Cara Menghias kek

1. Letakkan kek yang dah sejuk di atas cake stand/dish & sapukan jem strawberry/ jem homemade (compote)
2. Sapukan/pipe whipped cream
3. Susun strawberry yang dihiris.
4. Sapukan/pipe whipped cream lagi
5. Lapiskan/sandwichkan kek tadi
6. Taburkan gula halus di atasnya dan susun lebihan strawberry di atasnya.

*Tambahan: Chiq Na hiaskan dengan patung2 Frozen sbb gula halus dh macam snow so letak patung2 tu anak2 suka sngat. Yang penting anak2 suka kan..

No comments:

Post a Comment