Saturday 3 January 2015

Kek Milo : Anniversary Ke 11








Kek Milo untuk anniversary perkahwinan yang ke 11. Resepi ni dapat dari group fb Resepi Ringkas. Nama pemilik resepi pun nama sama dengan Chiq Na iaitu Azlina Ina. 

Resepi Kek Milo 

Bahan A
- Gula 1/2 Cawan
- Susu pekat 1/2 cawan
-Susu segar Dutch Lady Chocolate 1 cawan
- Serbuk Koko 1/2 cawan
(Masak semua sekali bahan A hingga larut. Sejukkan) 

Bahan B
- Tepung gandum 1 1/2 cawan
- baking powder 1 sudu kecil
- soda bikarbonat 1 sudu kecil 
(Ayak sekali)

Bahan C
- Telur 2 biji

Cara-cara

1. Masukkan telur satu persatu ke dalam Bahan A.
2. Masukkan Bahan B ke dalam Bahan A. Kaup balik hingga sebati
3. Lapikkan acuan mudah buka dengan aluminium foil untuk mengelak adunan meleleh keluar. 
4. Masukkan ke dalam rice cooker dan kukus selama 45 minit. 

Topping

- Coklat compound 1 cawan
- susu cair/fresh milk 1 cawan
- mentega 3 sudu
- susu pekat 1/2 cawan

(Cairkan semua dengan kaedah double boil) 

Untuk hiasan

-Kit Kat
- M&M coklat
-M&M kacang
- Love letter
- Milo bites (lupa dh nama hihi)

* Bila kek dah masak, tuangkan topping dan hiasankan, 
* Peringatan: bole kurangkan sukatan utk kurang manis kerana hiasan seperti kit kat, M&M dll dah manis. 
* Selamat mencuba


No comments:

Post a Comment