Wednesday, 17 September 2014

Hiburkan Hati Anak-anak: Cameron Highland: Pasar Malam Brinchang- Lavender Garden

Percutian tanpa dirancang 3 keluarga. Bertolak dah jam 12 tengahari, esoknya dah balik. Perjalanan dari Kelantan ke Cameron Highland mengambil masa lebih kurang 5 jam melalui Gua Musang dan Lojing. 












































Sunday, 14 September 2014

Cheese Crakers Milo



Cheese Crakers Milo versi kecik. Sesuai untuk travel dan bekal ke pejabat dan sekolah. 















Cheese Crakers Oreo



Resepi terkini dari Chiq Na Salor: Cheese Crakers Oreo. Memandangkan cheese ada banyak lagi lepas buat tempahan Cheese Crakers milo dan oreo pun ada lagi jadi Chiq Na lapis-lapiskan terjadi la dengan tidak sengajanya Cheese Crakers Oreo. kih kih kih..







Friday, 12 September 2014

Gulai ikan Aye Lengkuas Kunyit


Gulai ikan aye lengkuas kunyit geng dengan nasi dagang. Geng dengan kakak, dia buat nasi dagang, Chiq Na buat gulai. Resepi gulai ni Chiq Na dapat daripada Kak Sa aka Sakiah Jabatan Kerja Sosial Perubatan. Kak Sa buat memang sedap, yang ni belasah je.

Bahan-bahan

1 Seekor ikan aye/ikan tongkol
*2 inci lengkuas
*2 inci kunyit
*10 ulas bawang merah
* sesudu jintan manis
* sesudu biji ketumbar
Santan

(*Tumbuk sekali)

Cara-cara

1. Rebus dulu ikan bersama 3/4 keping asam keping, nise (gula melaka) & garam. Bila dah agak2 masak keluarkan isi ikan.


2. Masukkan santan dan renehkan sekali menggelegak masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Setelah sekali lagi menggelegak masukkan isi ikan yang direbus tadi. Tambahkan sedikit garam dan gula mengikut citarasa. Nampak tak kepala ikan dah terjenguk tu hihi. Selamat Mencuba. 



Saturday, 6 September 2014

Cheezy Spaghetti




Cheezy spghetti one of my fav. Anak-anak dan suami pun suka. 


Cheezy spghetti digandingkan dengan air bandung soda. 



Parutkan cheese ke atas spghetti semasa masih panas lagi. Ia akan cair dan meresap.


Selepas kuah masak, masukkan dan racik cheedar cheese. 

Air Bandung Aiskrim Soda aka Bandung Deraa'



Bahan-bahan

1. Aiskrim soda
2. Sirap ros
3. Susu cair
4. Susu pekat


Cara-cara (Untuk satu jug tupperware besar)

1. Campurkan 2 susu cair, 1 tin susu pekat, 2 botol aiskrim soda dan sedikit sirap ros. Kacau hingga sebati. (Manis ikut kesesuaian dan selera masing-masing)
2. Masukkan ais

P/s: Kawan-kawan panggil 'Bandung Derra' dalam bahasa Kelantan maksudnya bila minum rasa gasnya berderaa'