Thursday, 30 January 2014

Promosi Coklat Chiq Na Salor








 
Contoh bekas untuk menjual coklat. Sesuai juga untuk dibuat hantaran.
 

 

Monday, 27 January 2014

Oreo Coklat






Terbaru dari Chiq Na Salor. Yang ni try bisnes plak hihi. ok..sapa nk ambk nombor...hihihi (gurau je)...

Monday, 20 January 2014

Masakan Istimewa: Ulang Tahun Perkahwinan


Shepherd Pie



Shepherd Pie Versi Chiq Na Salor. Kiranya resepi derhaka ni ya..

Bahan-bahan

1. Daging Cincang - 1 tiub
2. Sos prego - 1/2 tin
3. Keju Chesdale- 2 plastic (yang banyak paket dalamnya)
4. Kentang saiz besar - 4 ketul
5. Butter- 1 ketul
6. Bawang merah - 2 ulas
7. Susu segar - 1 cawan
8. Tepung gandum- 1/2 cawan.



Cara-cara

1.  Rebus kentang hingga masak (sampai lembut)



2. Buang kulit kentang dan lenyek bersama 1/2 butter.

3. Panaskan butter dan tumiskan bawang merah hingga naik bau.

4. Masukkan sos prego 1/2 tin
5. Masukkan daging cincang.
6. Masukkan sedikit garam & gula secukup rasa.
7. Tutup api dan masukkan susu segar & gandum. Gaul hingga sebati.


(Dalam bekas/Loyang)
8. Lapiskan cheese ke dalam bekas untuk memasak.
9. Masukkan daging yang siap dimasak ke dalam bekas tersebut.

10. Masukkan kentang yang dilenyek ke dalam bekas yang sama.

11. Lapiskan sekali lagi dengan cheese.

12. Bakar selama 20 minit dengan suhu 200 atau 180. (Masak sehingga cheese di atas cair)


* Selamat Mencuba.

Coklat Hantaran


Keras Tangan : Hantaran Untuk Majlis Adik







 




 
 


 

Triffle Hijau Kuning



BAHAN-BAHAN

1. KEK GULUNG- 1 GULUNG
2.SUSU CAIR- 1 TIN
3. FRUIT COCKTAIL - 1 TIN
4. CRYSTAL JELLY NONA - 1 KOTAK
5. GULA - 3 SUDU
6. KASTARD - 3 SUDU


CARA-CARA

1. POTONG KEK GULUNG DAN SUSUN DI DALAM BEKAS


2. CURAHKAN AIR DARI FRUIT COCKTAIL (JANGAN AMBIK BUAHNYA YA...)


3. MASAKKAN SUSU CAIR SATU TIN DAN DI CAMPUR AIR (GUNAKAN TIN SUSU BERKENAAN UNTUK SUKATANNYA)


4. CAMPURKAN 3 SUDU GULA DAN 3 SUDU KASTARD DI DALAM BEKAS DAN KACAU HINGGA SEBATI.


5. CAMPURKAN BAHAN DICAMPUR TADI KE DALAM SUSU YANG DIMASAK TADI HINGGA LIKAT.


6. CURAHKAN (5) KE ATAS (2). TUNGGU HINGGA KERAS SIKIT.


7. SETELAH PEKAT, TABUR BUAH-BUAHAN FRUIT COCKTAIL TADI KE ATASNYA.



8. CAMPURKAN CRYSTAL JELLY DAN AIR (IKUT ARAHAN DKT KOTAK), KACAU HINGGA SEBATI & SETERUSNYA CURAH KE ATAS BAHAN TADI.



MASUKKAN KE DALAM PETI SEJUK & SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN. KALI NI CHIQ NA GUNA WARNA HIJAU (PERISA LIMAU NIPIS KALAU TAK SILAP) KHAS UNTUK ORANG KEDAH.