Monday, 20 January 2014

Shepherd Pie



Shepherd Pie Versi Chiq Na Salor. Kiranya resepi derhaka ni ya..

Bahan-bahan

1. Daging Cincang - 1 tiub
2. Sos prego - 1/2 tin
3. Keju Chesdale- 2 plastic (yang banyak paket dalamnya)
4. Kentang saiz besar - 4 ketul
5. Butter- 1 ketul
6. Bawang merah - 2 ulas
7. Susu segar - 1 cawan
8. Tepung gandum- 1/2 cawan.



Cara-cara

1.  Rebus kentang hingga masak (sampai lembut)



2. Buang kulit kentang dan lenyek bersama 1/2 butter.

3. Panaskan butter dan tumiskan bawang merah hingga naik bau.

4. Masukkan sos prego 1/2 tin
5. Masukkan daging cincang.
6. Masukkan sedikit garam & gula secukup rasa.
7. Tutup api dan masukkan susu segar & gandum. Gaul hingga sebati.


(Dalam bekas/Loyang)
8. Lapiskan cheese ke dalam bekas untuk memasak.
9. Masukkan daging yang siap dimasak ke dalam bekas tersebut.

10. Masukkan kentang yang dilenyek ke dalam bekas yang sama.

11. Lapiskan sekali lagi dengan cheese.

12. Bakar selama 20 minit dengan suhu 200 atau 180. (Masak sehingga cheese di atas cair)


* Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment