Monday, 20 January 2014

Triffle Hijau Kuning



BAHAN-BAHAN

1. KEK GULUNG- 1 GULUNG
2.SUSU CAIR- 1 TIN
3. FRUIT COCKTAIL - 1 TIN
4. CRYSTAL JELLY NONA - 1 KOTAK
5. GULA - 3 SUDU
6. KASTARD - 3 SUDU


CARA-CARA

1. POTONG KEK GULUNG DAN SUSUN DI DALAM BEKAS


2. CURAHKAN AIR DARI FRUIT COCKTAIL (JANGAN AMBIK BUAHNYA YA...)


3. MASAKKAN SUSU CAIR SATU TIN DAN DI CAMPUR AIR (GUNAKAN TIN SUSU BERKENAAN UNTUK SUKATANNYA)


4. CAMPURKAN 3 SUDU GULA DAN 3 SUDU KASTARD DI DALAM BEKAS DAN KACAU HINGGA SEBATI.


5. CAMPURKAN BAHAN DICAMPUR TADI KE DALAM SUSU YANG DIMASAK TADI HINGGA LIKAT.


6. CURAHKAN (5) KE ATAS (2). TUNGGU HINGGA KERAS SIKIT.


7. SETELAH PEKAT, TABUR BUAH-BUAHAN FRUIT COCKTAIL TADI KE ATASNYA.



8. CAMPURKAN CRYSTAL JELLY DAN AIR (IKUT ARAHAN DKT KOTAK), KACAU HINGGA SEBATI & SETERUSNYA CURAH KE ATAS BAHAN TADI.



MASUKKAN KE DALAM PETI SEJUK & SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN. KALI NI CHIQ NA GUNA WARNA HIJAU (PERISA LIMAU NIPIS KALAU TAK SILAP) KHAS UNTUK ORANG KEDAH.



No comments:

Post a Comment