Saturday, 8 February 2014

Yee Mee Pemanggang

Resepi mudah dan cepat. Terima kasih Chef Hanieliza di atas bukunya yang sangat berguna. Resepi menggunakan pemanggang.




Bahan-bahan


1. Pemanggang (sudah semestinya) jenama apa sekali pun ok. Chiq Na guna Vantage.
2. Yee mee - 2
3. Cendawan cina - 5 biji (Perlu direndam terlebih dahulu)
4. Telur- 2 biji
5. Bawang putih - 3 ulas
6. Halia seinci
7. Tepung jagung - 1 sudu (dibancuh dengan air)
8. Sos tiram - 2 sudu
9. Kicap pekat - 3 sudu
10. Cili kering - Chiq Na tak suka pedas jadi letak 2 sahaja
11. Garam secukup rasa.
12. Lada hitam secukup rasa


Cara-cara

1. Tumis bawang putih, halia dan cili kering hingga bangkit bau.


2. Masukkan ayam, kicap pekat, sos tiram, lada hitam, cendawan. Gaul hingga sebati dan tutup selama 5 minit.


3. Tambah air, tepung jagung dan sedikit garam. Tutup selama 2 minit hingga mendidih.


 4. Masukkan Yee Mee.

5. Seterusnya masukkan telur. Sedia untuk dinikmati.



Ini buku yang dimaksudkan. Sangat berguna. Baru resepi pertama yang dicuba, ada lagi 100 resepi lagi. Yeehaaa!!!



No comments:

Post a Comment