#Resepi penuh tunggu ya. belum sempat nak menaip.
Blog ini diilhamkan untuk anak-anak kesayangan Mama. Nor Hannah Batrisyia & Nor Hana Alisya Fitri Binti Mohammad Azhan . Ibarat rujukan untuk masa depan. Rujukan untuk diri sendiri dan perkongsian resepi untuk sahabat-sahabat. This is my personal blog. "Keep your feet on the ground & keep reaching for the stars"
Saturday, 15 March 2014
Friday, 14 February 2014
Nasi Arab Ayam Mandy
Nasi Arab Mandy
Sos yang dah siap
Ini dia hidangan Nasi Arab Mandy dari Chiq Na Salor menggunakan rempah Al Byt.
Bahan-Bahan
1. Beras Basmathi
2. Rempah serbuk mandy
3. Rempah tumis mandy
(Bahan 1-3 ada dalam kota)
4. 1 ekor ayam
5. 2 ulas bawang besar
6. 12 biji bawang putih
7. Tomato puri
8. Minyak masak
9. Garam
Cara-Cara
Ayam Panggang
1. Perap seekor ayam dengan 1 setengah sudu besar rempah mandy, 5 ulas bawang putih kisar, 2 sudu kecil garam, 2 sudu besar minyak dan 2 sudu tomato puri.
2. Panggang dalam oven selama 1 jam (setengah jam balikkan ayam)
3. Simpan lebihan minyak yang keluar dari ayam dipanggang.
Ayam yang dah siap
Nasi Mandy
Bahan-bahan
Cara-Cara
1. Rendam beras selama 20 minit atau lebih dan toskan.
2. Tumis bahan disediakan dalam kotak (kulit kayu manis, buah pelage, cengkih dan lumi), 2 ulas bawang besar, 5 ulas bawang putih, 1 sudu besar rempah mandy dan 2 sudu tomato puri.
3. Masukkan 600ml air ke dalam bahan ditumis. Biarkan mendidih.
4. Campurkan bahan ditumis tadi dan bawang ke dalam beras yang ditos tadi di dalam periuk nasi elektrik.
5. Masukkan 1 setengah sudu kecil garam dan kacau sekejap serta 2 batang cili hijau yang tidak dihiris (Chiq Na tak masuk pun sbb tak suka pedas)
6. Masak Nasik hingga 80% masak, masukkan minyak yang disimpan dari ayam panggang tadi. Gaul perlahan-lahan. Tunggu Nasik masak sepenuhnya.
Nasi siap di masak
Sos Harrah
1. Kisar 2 biji tomato, 2 ulas bawang putih, 1 sudu kecil perahan lemon, daun ketumbar (Chiq Na tak masuk pun sbb dkt KB Mall masa tu dh habis), Cili padi (Chiq Na tak masuk sbb tak suka pedas) dan sedikit garam.
Bahan-Bahan
* Chiq Na guna Turbo Chopper dari Tupperware Brand je. Senang kerja.
Salad Arab
Bahan-Bahan
Cara-Cara
1. Potong dadu 2 biji tomato dan 1 batang timun.
2. Hiris halus 1 labu bawang besar dan daun ketumbar (C,Na tak masuk)
3. Campur semua bahan ke dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan serbuk lada hitam.
Yang ni assistant saya Alisya. Tq sayang tolong mama. (Tiles yang tercabut tu abaikan ya...huhuhu)
Ini dia hidangan Nasi Arab Mandy dari Chiq Na Salor menggunakan rempah Al Byt.
Saturday, 8 February 2014
Yee Mee Pemanggang
Resepi mudah dan cepat. Terima kasih Chef Hanieliza di atas bukunya yang sangat berguna. Resepi menggunakan pemanggang.
Bahan-bahan
1. Pemanggang (sudah semestinya) jenama apa sekali pun ok. Chiq Na guna Vantage.
2. Yee mee - 2
3. Cendawan cina - 5 biji (Perlu direndam terlebih dahulu)
4. Telur- 2 biji
5. Bawang putih - 3 ulas
6. Halia seinci
7. Tepung jagung - 1 sudu (dibancuh dengan air)
8. Sos tiram - 2 sudu
9. Kicap pekat - 3 sudu
10. Cili kering - Chiq Na tak suka pedas jadi letak 2 sahaja
11. Garam secukup rasa.
12. Lada hitam secukup rasa
Cara-cara
1. Tumis bawang putih, halia dan cili kering hingga bangkit bau.
2. Masukkan ayam, kicap pekat, sos tiram, lada hitam, cendawan. Gaul hingga sebati dan tutup selama 5 minit.
3. Tambah air, tepung jagung dan sedikit garam. Tutup selama 2 minit hingga mendidih.
5. Seterusnya masukkan telur. Sedia untuk dinikmati.
Ini buku yang dimaksudkan. Sangat berguna. Baru resepi pertama yang dicuba, ada lagi 100 resepi lagi. Yeehaaa!!!
Friday, 7 February 2014
Spaghetti Sakit Gigi
Mesti pelik dengan namanya ya...hihi sebenarnya buat spaghetti ni sebab sakit gigi jadi buat menu simple yang husband dan anak-anak suka makan.
Monday, 3 February 2014
Siakap 3 Rasa
Cara-Cara untuk membuat
1. Hiris bawang merah, bwang putih dan halia
* Sbb tomato takde jadi Chiq Na guna limau kasturi untuk rasa masam.
2. Basuh dan perap ikan siakap dengan asam jawa (alang2 dh abis chiq na guna gak asam keping)
3. Setelah dibasuh ikan tersebut, lumur dengan sedikit garam dan tepung jagung.
4. Goreng ikan dengan menggunakan minyak yang banyak dan yang dah betul2 panas baru masukkan ikan tu ya..
5. Toskan ikan.
6. Tumis bahan (1) tadi hingga Wangi.
7. Setelah bangkit baunya tambah sos tomato, sos cili, sos tiram, sos thai, limau kasturi, garam dan gula.
Inilah hasilnya:
Subscribe to:
Posts (Atom)












































