Friday, 17 October 2014

Sayuq Daging, ayaq asam & daging kicap Tobiaq



Resepi sayuq daging dan ayaq asam ada dalam post Cna sebelum ni. Kali ni ada tambahan menu yang biasanya dihidang semasa kenduri di Tobiar, Pendang iaitu daging kicap. Semasa Raya Aidiladha hari tu inilah menu yang hidangkan kepada tetamu untuk jamuan daging korban. 

Daging kicap

Bahan-bahan

Daging (perap dengan sedikit garam kunyit dgn kuantiti yang sedikit)
Jintan manis
Buah pelaga
Kulit kayu manis
Bawang merah 
Bawang putih
Kicap manis

Cara-cara

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan jintan manis. 
2. Tumis bahan ditumbuk bersama-sama buah pelaga dan kulit kayu manis
3. Masukkan kicap manis
4. Masukkan daging
*Tunggu hingga betul-betul masak. 


No comments:

Post a Comment