Monday, 20 October 2014

Fruit Cake


My version of fruit cake. Fruit cake ni chiq na buat semasa pertandingan memasak menu sihat hari tu. Chiq Na guna tembikai (orang Kelantan cakap timun cina), belimbing, anggur hitam, dragon fruit merah, dan kiwi. 


Tengok tu Chiq Na tengah menggerudi juri cakap hihihi. 



Spaghetti Meat Ball



Pertandingan Memasak Menu Sihat

Alhamdulillah kali pertama sertai Pertandingan Memasak Menu Sihat sempena Karnival Pendidikan Kesihatan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan. Tq my partner Ct Suena. Pengalaman baru dan amat berharga. Menu kumpulan kami iaitu Kumpulan Mama Chef adalah Kung Pao Chicken Oat, Nasi bashmati, Kek Buah Chiq Na Salor & jus tembikai. 















Friday, 17 October 2014

Sayuq Daging, ayaq asam & daging kicap Tobiaq



Resepi sayuq daging dan ayaq asam ada dalam post Cna sebelum ni. Kali ni ada tambahan menu yang biasanya dihidang semasa kenduri di Tobiar, Pendang iaitu daging kicap. Semasa Raya Aidiladha hari tu inilah menu yang hidangkan kepada tetamu untuk jamuan daging korban. 

Daging kicap

Bahan-bahan

Daging (perap dengan sedikit garam kunyit dgn kuantiti yang sedikit)
Jintan manis
Buah pelaga
Kulit kayu manis
Bawang merah 
Bawang putih
Kicap manis

Cara-cara

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan jintan manis. 
2. Tumis bahan ditumbuk bersama-sama buah pelaga dan kulit kayu manis
3. Masukkan kicap manis
4. Masukkan daging
*Tunggu hingga betul-betul masak. 


Saturday, 11 October 2014

Sayuq daging & Ayaq asam Tobiaq





Resepi daripada Mak mertua di Tobiar Pendang. Hidangan ni biasanya untuk kenduri di sana. Kebetulan ada lagi tulang dan daging korban jadi Chiq Na buat menu ni. Tambahan plak musim2 hujan apa lagi, orang Kelantan cakap 'nyakut molek'. 

Bahan-bahan

Bahan A (Tumbuk)

Lengkuas 2 inci
Halia 2 inci
Bawang merah 4 ulas
Bawang putih 2 ulas

Bahan B

Serai 2 batang
Sup Bunjut
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit serbuk perisa Hilal
*Rempah/kakah (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, biji) Untuk tumis sekali dgn bahn A

Cara-cara

1. Rebuskan tulang dan daging. Masukkan sedikit garam



2. Tumbuk Bahan A



3. Tumiskan Bahan A bersama kakah


4. Masukkan bahan yang ditumis ke dalam periuk tulang dan daging yang direbus dan masukkan serai, sup bunjut dan sedikit serbuk hilal. Tunggu hingga betul-betul masak. 






Bahan-bahan dan Cara-cara membuat Ayaq Asam

Bahan-bahan

Lada besar 2 biji
Tomato 4 biji ( 2 Biji (Ditumbuk) 2 (Dimayang)
Sedikit belacan (Cna guna yang serbuk je)
1 biji bawang merah besar (Bahagikan 2: Separuh dimayang, separuh untuk ditumbuk)
Sedikit garam 
Sedikit gula
Sedikit serbuk hilal

Cara-cara

1. Tumbukkan/blend lada besar, tomato, bawang merah bersama sedikit garam, gula, serbuk hilal dan belacan. (Cna guna Turbo copper dari Tupperware je) 

2. Bahan yang ditumbuk/blend tadi digaul dengan tomato dan bawang yang dimayang. 









Friday, 10 October 2014

Kuzi ayam & Roti jala









Memandangkan musim tengkujuh dah mula tiba jadi rasanya masa yang sesuai Chiq Na menjala dan mengkuzi untuk di makan bersama-sama keluarga. Kali pertama mengkuzi dan menjala sendirian, biasanya c.na membantu kakak apabila nak raya. Rasa cam nak tercabut pinggang ambo buat sorang2 huhu. Tapi alhamdulillah bleh selesaikan. 

Bahan-bahan & cara Kuzi Ayam

Cara-cara

1. Tumbuk bawang putih dan halia. Gaul bersama ayam beserta garam dan sedikit kunyit.


2. Goreng ayam tersebut.


3. Masukkan kakah kuzi bersama susu cair. 


4. Masukkan kacang almond, gajus dan kismis



5. Masukkan ayam yang digoreng


6. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. 



Bahan-bahan & Cara Jala

1 kg tepung gandum
1 tin susu cair
1 biji telur
sedikit garam
sedikit butter yang dicairkan
Air secukupnya

1. Campur bahan-bahan di atas hingga menjadi cair secukupnya. (Tambahkan pewarna untuk cantik, yang kuning cna tambah serbuk kunyit je dan yang pink tu warna pink rose)




 2. Masukkan ke dalam bekas/acuan jala. Cna suka acuan macam ni sebab tak comot dan senang nak bentuk dan control.

3. Jalakannya di dalam kuali hihi. Mengikut citrasa masing-masing. Cna buat berpetak dan bentuk love mengikut permintaan anak-anak.